Pengurusan Pusat Sumber



1.0 Pengenalan
  •    Pengurusan dapat didefinisikan sebagai sebuah aktiviti merancang dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu organisasi berkaitan dengan segala cara, prinsip atau peraturan, tanggungjawab serta tugas-tugas kakitangan (Mohd Zamuri,2002). Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat yang berpengetahuan tinggi untuk maju setanding dengan negara-negara maju di dunia.Oleh itu, Pusat Sumber Sekolah (PSS) sentiasa melakukan penambahbaikan dalam sistem pendidikan supaya barisan generasi akan datang lebih berintelektual
2.0 Tinjauan Bacaan / Literature Review
  •    In today’s era of globalization, schools focus on student-centreed education. (Pada era globalisasi kini, sekolah fokus dalam kaedah pendidikan berpusatkan pelajar (student-centred learning)
  •   Resources at school need to be in perfect condition to ensure that resource management implementation strategies can improvie school academic outcomes. (Sumber yang ada di sekolah perlu berada dalam keadaan yang sempurna bagi memastikan strategi pelaksanaan pengurusan sumber dapat meningkatkan keputusan akademik sekolah)
  •    Abdul Rahman (1993) argues that resource centres should play the role as the ‘nerve centre of the school’ that promotes and develops the curriculum. (Pusat sumber hendaklah memainkan peranan sebagai ‘the nerve center of the school’ yang menggerakkan dan mengembangkan kurikulum)
3.0 Objektif Kajian
  •     Mengenalpasti kepentingan pusat sumber di sebuah sekolah
  •    Mengkaji peranan Pusat Sumber Sekolah dalam menanam sikap suka membaca dalam kalangan pelajar.
  •   Mengetahui keberkesanan pusat sumber sekolah sebagai pemangkin kecemerlangan pelajar.
4.0 Kaedah Kajian
  •    Temu bual bersama guru yang mengurus pusat sumber di sekolah tersebut.
  •     Soalan-soalan yang telah kami sediakan adalah soalan-soalan berbentuk berstruktur.
  •    Soalan telah disediakan terlebih dahulu dan akan ditanya mengikut urutan (tiada soalan tambahan akan ditanya semasa temu bual). 
  •     Pencarian maklumat tambahan melalui internet telah dilakukan dalam kajian ini.
  •    Mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan menjadikannya sebagai bahan rujukan dalam menulis kertas kajian.
  •     Catatan lapangan berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sepanjang berada di sekolah tersebut
5.1 MENGENALPASTI KEPENTINGAN PUSAT SUMBER DI SESEBUAH SEKOLAH

Tempat penyimpanan bahan rakaman berbentuk kaset, CD dan dll yang berunsur pendidikan.
Fail-fail lama berkaitan program sekolah yang telah dijalankan masih tersimpan dalam sudut arkib sebagai rujukan.
Untuk menyimpan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang diletak di dalam kotak lutsinar.
Berfungsi sebagai tempat pelajar belajar menggunakan pelbagai jenis media (majalahkomputerdll).

5.2 MENGETAHUI KEBERKESANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SEBAGAI PEMANGKIN KECEMERLANGAN PELAJAR


Jika PSS dimanfaatkan dengan baik dan sepenuhnyasesebuah sekolah mampu menjadi sekolah yang cemerlang.
Dengan adanya pelbagai jenis bahan seperti televisyen dan komputerpelajar dan guru digalakkan untuk kerap berkunjung ke PSS.
Pelajar boleh mengulangkaji pelajaran atau membuat perbincangan berkumpulan di dalam PSS dengan selesa dan tanpa gangguan.

5.3MENGENALPASTI  PERANAN  PSS DALAM MEMUPUK SEMANGAT MEMBACA DALAM PELAJAR

Program yang sentiasa dilaksanakan oleh pihak Pusat Sumber Sekolah setiap tahun adalah Program NILAM (‘Nadi Ilmu Amalan Membaca’).
Dilaksanakan pada tahun 1999 bertujuan untuk menanam sikap suka membaca dalam kalangan murid.
Terdapat banyak lagi program dan aktiviti yang dilakukanseperti yang dijelaskan oleh Cikgu B semasa temu bual.

6.0 Perbincangan

§Setelah temu bual dijalankan bersama guru yang bertugas dalam mengurus bahan pusat sumber di sekolah tersebutterdapat pelbagai proses dan kaedah yang perlu dilalui dalam mengendalikan sumber sekolah.
§Dari segi aspek kepentinganpusat sumber membawa banyak faedah kepada guru-guru dan para pelajar.
§PSS membantu mereka untuk melaksanakan sesi P&P yang lebih seronok serta senang difahami kerana sumber-sumber yang ada mampu menarik minat pelajar di dalam kelas.
§Hashim (1981) dan Zulkefli (1992menyatakan bahawa perpustakaan harus diuruskan dengan cekap untuk menggalakkan pelajar menggunakan bahan bacaan dengan berkesan
§Memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran pelajar dengan mendapatkan sumber atau bahan yang tepat.
§ Kewujudan PSS juga membolehkan mereka untuk mengulangkaji pelajaran di ruangan yang kondusif.
§Jelas sekali, PSS merupakan tempat untuk pelajar memupuk minat terhadap membaca buku kerana wujudnya pelbagai jenis bahan bacaan yang disediakan oleh pihak sekolah.
§PSS menyediakan buku-buku lain seperti kamusmajalah pendidikan dan bibliografi yang berupaya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan murid.

7.0 Rumusan/Conclusion

§Excellent school resource management can make full use of the ability and technology of the school personnel effectively. (Pengurusan sumber sekolah yang cemerlang dapat memanfaatkan teknologi dan kemampuan kakitangan sekolah sepenuhnya secara efektif)
§It can help stimulate the potential of all the students, and make the school management more convenient. (Ini dapat membantu merangsang potensi pelajar dan menjadikan pengurusan sekolah menjadi lebih mudah)
§Therefore, resource management have become the core necessity of the school. (Oleh itupengurusan sumber menjadi keperluan utama sekolah)

Comments

  1. Salam sejahtera kepada saudari. Terima kasih atas perkongsian ini di blog anda. Apa yang saya boleh dapati dari keseluruhan blog ini adalah anda telah berjaya melakukan suatu kajian yang lengkap dan baik mengenai pengurusan sumber. Saya yakin ianya tidak mudah unutk anda mendapatkan bahan yang diperlukan untuk menyiapkan kajian ini tetapi hasil kerja anda menandakan anda telah memberikan yang terbaik.

    ReplyDelete

Post a Comment